Thursday, August 4, 2011

Keinginan



Pada bulan ramadhan ini kita (muslim) diwajibkan berpuasa kerana puasa di bulan ramadhan ini adalah rukun Islam. Tapi kali ni, cheq nk cerita pasai posa teringin (Puasa dari keinginan).

Ramai antara kita yang teringin sesuatu pada bulan ni.

Inginkan kamera lagi sempoy dari yang dulu. Kerana kamera lama gambar tak cukup ensem.
Inginkan kasut baru sebab ternampak iklan kasut baru Al-Ikhsan di surat khabar
Inginkan ipad kerana ingin nampak cool dan bergaya.




Keinginan ini selalunya data secara sesiri (dan macm litar la pulekk). Contoh, Setelah fikirkan kasut, satu keinginan lain pula yang muncul seperti inginkan akan kamera yang baru. Kemudian memikirkan jumlah duit untuk memenuhi keingin itu,
jadi risau dibuatnya.

Tapi, bila difikir-fikirkan....

Kamera yang lama ok lagi jika hanya nak upload taruk dalam Facebook, tidak perlu DSLR kan..
Kasut lama tu masih cantik, syok dan elok bila dipakai..
Ipad, perlu ke?? (mahal tuuu...)

Kurangkan keinginan, dan bersyukur dengan apa yang ada.
Utamakan keperluan, dahulukan simpanan demi masa hadapan dan setelah itu
 baru diikiuti dengan keingin.

2 comments: