Friday, May 20, 2011

J.A.N.J.I.


Aku termenung. Dan ada benda bermain-main dalam kepala aku, "Betul ke dia nak mai"(loghat utaqa kit)

Tapi dia kata kali ini dia pasti akan datang. Dan aku percaya kata-kata yang pernah diucapkan pada aku dengan yakin. Tanpa kepercayaan aku hampir pasti tiada apa-apa yang akan tinggal antara aku dan dia lagi. Tapi aku berfikiran positif, "dia mesti mai punya". Dan aku terus menunggu dan menunggu. 

Walaupun mungkin aku akan kecewa akan tetapi aku akan tetap menanti. Aku faham sangat bagaimana rasanya bila kecewa. Ibarat hati diikat dengan dawai berduri. Hanya tuhan yang tahu. Aku tahu itu. Tapi aku terus yakin menanti. Yakin kali ini aku tidak akan kecewa menanti andai kesabaran terus menjadi paksi.


"Tik tik tik waktu berdetik..
    Tak mungkin dapat aku hentikan..."

Aku mula gelisah dan gusar, kalau-kalau dia takkan muncul. Minda mula bercelaru. Adakah dia terlupa, atau mungkin ada hal yang mahu dia selesaikan. Tapi bila dah janji tetap janji. "Lembu berpegang pada tali, manusia berpegang pada janji". Dan aku percaya dengan janjinya kepada aku. 

Dia muncul. Dengan redupan mata sambil memberi sekuntum senyuman yang manis.Segala kegelisahan aku hilang serta merta. Tanpa aku sedari bibirku mula mengukir senyuman. Barangkali senyuman paling besar yang belum pernah aku berikan pada siapa-siapa. Yang penting dia muncul dan dan ada di depan mataku. Lega........






No comments:

Post a Comment